LITERASI MAKLUMAT

 
Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan
menganjurkan Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS)
Peringkat Kebangsaan 2012 yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

apss3
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan
merupakan pengiktirafan tertinggi KPM
dalam usaha membina tabiat membaca dalam
kalangan murid selaras dengan hasrat negara
melahirkan masyarakat bermaklumat
dan berpengetahuan.

Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan
pula bertujuan meningkatkan bilangan PSS yang berkuali dan berfungsi yang menjadi
pemangkin kepada pembudayaan
literasi maklumat
dalam kalangan murid.
Penilaian APSS akan dilaksanakan pada bulan
Mac – April 2012
manakala penilaian Anugerah NILAM akan
diadakan pada 26 April 2012.
Kesemua calon untuk kedua-dua

Anugerah akan mengikuti program Kembara NILAM 1Malaysia
pada 25 – 30 April 2012. Majlis Anugerah akan
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran,
YB Dato’ Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 29 April 2012
semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.



    RAK BUKU DIGITAL?
     
    Kita semua arif dengan rak buku berbentuk fizikal tetapi bagaimanakah
    rupa bentuk rak buku digital? Google telah memperkenalkan rak buku digital
    yang dipanggil "Infinite Digital Bookcase" baru-baru ini. Rak buku ini boleh
    dipusing dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah menggunakan tetikus.
    Rak ini mempunyai lebih daripada 10,000 judul daripada
    Google Books
    yang
    disusun
    dan dibahagi kepada 28 subjek.


     

    Anda ingin cuba sendiri rak buku ini? Klik
    http://workshop.chromeexperiments.com/bookcase/
    .
    Anda juga berpeluang melayari buku-buku percuma hanya dengan
    memilih subjek "Free Books" yang terdapat pada Senarai Subjek.

    Bacaan Lanjut





    KEANGGOTAAN PKG

    PKG Pokok Sena dianggotai oleh 25 buah sekolah ahli iaitu:
    1. SMK SAINS POKOK SENA
    2. SMK POKOK SENA
    3. SMK POKOK SENA 2
    4. SMK JABI
    5. SMK BUKIT PAYONG
    6. SK BUKIT HIJAU
    7. SK BUKIT PAYONG
    8. SK BUKIT PINANG
    9. SK BUKIT PAK KIAU
    10. SK BUKIT TAMPOI
    11. SK JABI
    12. SK KAMPONG BUKIT
    13. SK KAMPUNG PAYA
    14. SK KUALA LANJUT
    15. SK KUBANG LERET
    16. SK LENGKUAS
    17. SK NAWA
    18. SK POKOK SENA
    19. SK TELAGA MAS
    20. SK TELOK JAMAT
    21. SK TUALANG
    22. SK WAN ABDUL SAMAD
    23. SJKC CHUNG HWA
    24. SJKC TONG YUH
    25. SJKC SOON CHENG
    26. SJKT LADANG JABI




























    No comments:

    Post a Comment

     
    ;